Rabu, 28 Disember 2011

Aktiviti Bersama Keluarga..

Pada 24.12.2011, bawa keluarga mandi-manda di Sg. Klah..Kat sana ada kolam air panas dan air sejuk (air gunung/bukit).. Pastu dari Sg. Klah terus ke Kuala Lumpur..Bermalam di Teluk Panglima Garang..Keesokannya pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).. Seronok anak-anak dapat tengok kapal terbang dari dekat..Dah penat pusing-pusing dalam KLIA, selepas solat Maghrib di surau KLIA terus ke Putrajaya..Dapat le anak-anak tengok keindahan lampu di kawasan Putrajaya..
Hari tu bermalam di Putrajaya Presint 11. Pagi esoknya (26.12.2011) bergerak ke Genting Highlands dan terus balik ke Taiping. Sampai di rumah kat Felda Ijok dalam pukul 11.45 malam..