Sabtu, 21 November 2009

TUTORIAL 5

Malam ni tak de apa nak buat, jadi aku print le soalan2 exam lepas. Sok mesti bincang soalan. Nak study malas le pulak. Exam lambat lagi.

Nurain Farisha Tamat Kelas Literasi

Pada Isnin 16 November 2009, Pusat Literasi Keluarga (PLK) Felda Ijok telah mengadakan majlis penyampaian sijil penyertaan kepada pelajar-pelajarnya. Anak saya pun pelajar di situ.Nama anak saya NURAIN FARISHA. Umur baru 4 tahun. Tahun depan mungkin di tempat yang sama atau berpindah ke KEMAS pulak. Tengok le macam mana nanti. Antara detik-detik yang sempat dirakam oleh umminya.










Isnin, 16 November 2009

Roti Sardin Gulung......

Malam ni tidur lambat sikit...esok anak yang sulung Nurain Farisha, ada majlis penyampaian sijil Kelas Literasi Felda Ijok...dapat mesej petang tadi, ibu bapa sediakan sedikit makanan..jadi ummi dia jenuh dok fikir nak buat pe...akhir sekali dapat le idea nak buat roti sardin gulung...ayah di ni tolong lenyek roti bagi leper je...senang nak gulung....penat gak..ingatkan senang..tak kisah le anak punya pasal..










Ahad, 15 November 2009

Tesco Taiping...


Petang Sabtu tak dak aktiviti nak buat...jadi bawa family jalan-jalan kat Tesco Taiping...shopping barang sikit...dah masuk waktu Maghrib...aku pi solat dulu..anak-anak dok kat tempat mainan dengan ummi dia..lepas solat...rasa lapar le pulak...hari ni ummi nak makan mee sizzling..aku kongsi je...















Rabu, 11 November 2009

Terkandas Banjir...

Hari ni aku terkandas banjir kat jalan selepas jambatan simpang Felda Ijok ke Redang Panjang...Semalam hujan agak lebat, tak sangka pulak leh banjir cam tu sekali...banyak kenderaan yang terkandas dan terpaksa menunggu air surut...aku ada kat situ dari kol 7.10 pagi sampai le 8.45 pagi....baru le air surut sikit...aku lambat sebab naik motosikal...dah agak lewat aku redah gak banjir tu..nasib baik le tak mati enjin tu..semput2 le sikit...
Sampai je sekolah terus buat persiapan untuk aktiviti budak....hari ni buat Pertandingan Mendirikan Khemah dan Membina Gajet bagi Badan Beruniform iaitu TKRS, PBSM, Pengakap dan Puteri Islam...
Nasib le Amar ngan Kak Maznah dah potong buluh dan cek khemah..kot2 ada yang terlepas pandang...khemah memang ada masalah sikit...nasib baik le ada khemah ganti...banyak besi khemah yang dah patah dan rosak..nampaknya tahun depan kena rancang beli yang baru lagi..
Antara gambar-gambar aktiviti yang sempat diambil..









Selasa, 10 November 2009

Mesyuarat....

Hari ni mesyuarat kurikulum 4 dan yang terakhir bagi tahun ni....biasa le yang last2 ni lama le sikit...bincang pasal PKSR 2, program peningkatan dan macam2 lagi...
tapi mesyuarat kali agak selesa sikit coz buat dalam makmal komputer...meja pun disediakan..senang le nak buat catatan...yang penting semua menghadap ke hadapan...
Habis mesyuarat pukul 3.45 petang...hari dah nak hujan..aku biasa le merempit..lega rasa bila sampai je rumah baru hujan turun..
Lepas ni sibuk ngan aktiviti sekolah..esok dan lusa ada pertandingan unit beruniform..esok buat pertandingan mendirikan khemah, bina gajet dan runtuh khemah...lusa lak buat pertandingan memasak...murid kena masak 3 jenis masakan..roti lilit, masak telur dalam tanah, dan masak kentang (bakar)..

Isnin, 9 November 2009

Lega Dah Hantar Tugasan

Alhamdulillah..setelah penat siang malam menyiapkan 3 assignment bagi semester September ni..Lega rasanya bila dah hantar..Hilang serabut dikepala.
Sekarang ni sibuk dengan aktiviti sekolah...maklum le dah hujung tahun..nak kena kumpul buku teks..bagi buku teks untuk tahun 2010 dan hari anugerah..