Rabu, 28 Disember 2011

Aktiviti Bersama Keluarga..

Pada 24.12.2011, bawa keluarga mandi-manda di Sg. Klah..Kat sana ada kolam air panas dan air sejuk (air gunung/bukit).. Pastu dari Sg. Klah terus ke Kuala Lumpur..Bermalam di Teluk Panglima Garang..Keesokannya pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).. Seronok anak-anak dapat tengok kapal terbang dari dekat..Dah penat pusing-pusing dalam KLIA, selepas solat Maghrib di surau KLIA terus ke Putrajaya..Dapat le anak-anak tengok keindahan lampu di kawasan Putrajaya..
Hari tu bermalam di Putrajaya Presint 11. Pagi esoknya (26.12.2011) bergerak ke Genting Highlands dan terus balik ke Taiping. Sampai di rumah kat Felda Ijok dalam pukul 11.45 malam..

Jumaat, 10 Jun 2011

Cameron Highland Dan Teluk Batik....

Cuti sekolah minggu kedua....tak tau nak buat apa....baru baik dari demam...fikir-fikir nak pergi jalan-jalan...ambil keputusan untuk bawa keluarga ke Cameron Highland...bertolak dari Kamunting pukul 3.30 petang hari Selasa..sampai di Cameron Highland pukul 7.15 malam....cari tempat tidur..dapat le Hillview kat pekan Brinchang..harga boleh tahan le..RM200..dua katil saiz 'queen'..yang mahal di sini harga makanan..nasi lemak yang kita boleh dapat kat pekan Batu Kurau dalam 60 sen je..kat sana RM2...
Dalam pukul 9 pagi semua bersiap untuk pulang...dalam perjalanan pulang..banyak le yang kami singgah..macam-macam yang dibeli...anak nak itulah..inilah...tak kisah le sekali sekala....sampai kat Simpang Pulai pukul 5.00 petang...

Ambil keputusan untuk ke Teluk Batik....bergerak le ke Teluk Batik....singgah sekejap kat Bandar Seri Iskandar rumah abang ipar.....lepas Maghrib baru ke Teluk Batik..sewa hotel di Teluk Batik berhadapan dengan pantai....esoknya bawa anak-anak mandi laut seawal 8.30 pagi.....lepas mandi dalam 2 jam balik ke hotel dan mandi kolam pulak....
Bertolak pulang dari hotel dalam pukul 12.30 tgh....pusing-pusing Manjung...singgah Billion....
sampai rumah pukul 7.45 malam hari Khamis...
Alhamdulillah semua selamat...cuma anak yang kecil Ahmad Faris batuk sikit...nanti bawa ke klinik...anak-anak seronok ayahnya pun tumpang seronok....










Jumaat, 22 April 2011

Diam Tak Diam Dah Tiga Bulan.....

Kini Ahmad Faris dan berusia 3 bulan...Beratnya mencecah 6 kg..Lenguh jugak le kalau dukung...Alhamdulillah syukur kepada Allah swt atas kurniaan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga..

Ahmad Faris dah pandai bersembang..sembang cara baby le...bawa jalan-jalan pun dah biasa....pergi Tesco, Giant atau Econsave kira dah tak berapa nak merengek....

Ahad, 16 Januari 2011

Kelahiran Anak Ketiga

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, isteriku selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.3 kg. Anak ketiga dilahirkan di Hospital Taiping. Terima kasih diucapkan kepada doktor dan jururawat yang bertugas di wad bersalin kerana memberi layanan yang terbaik.

Isnin, 3 Januari 2011

Hari Lahir Fazwani 02.01.2011

Hari ini genaplah umur Fazwani 4 tahun..sambutan biasa je..