Isnin, 17 November 2008

Kenangan 5 Sains 2 (SMDK 1995)

Seloka Bicara 5 Sains 2

Assalamualaikum salam sejahtera
Kepada semua sidang pembaca
Moga terhibur membaca seloka
Tentang telatah pelajar Sc 2

Mari-mari dengar cerita
Cerita tentang we all semua
26 orang jumlah studentsnya
Pelbagai ragam bermacam gaya

Puan Szeto guru tingkatan
Subjek B.I kami diajarkan
Cara mengajar memang berkesan
Buatkan kami rasa tak bosan

Arif Fadzilah moniter kami
Dibantu penolong yang dedikasi
Nuru Saadah empunya diri
'Tolong diam' ayat yang mereka gemari

Catat sana catit sini
Saudara Tarmizi setiausaha kami
Duduk menyebelah dengan Kamal Azli
Sama bijak sama bistari

Ini kisah bendahari kita seorang
Hari-hari meminta wang
Namanya Asyikin orangnya periang
Rafidah pula sahabat berjuang

Kalau bergabung memang menjadi
Tukang karut membuat story
Fadhil dan Hisyamudin nama diberi
Mereka berdua Anak Kurau mali

Seorang di rumah seorang di asrama
Tapi mereka sehati sejiwa
Duduk pula bersebelah meja
Itulah Yati dan saudari Yusnita

Jadi profesor cita-cita Sofian
Superboy Malaysia nama gelaran
Handsomenya Faisal bolehlah tahan
Jadi peragawan dia punya impian

Ina dan Ana bukannya kembar
Walaupun nama hampir sama
Tetapi mereka sering bertengkar
Kerana pendapat selalu berbeza

Azura dan Fadlul memang berkawan
Tetapi mereka tidak sehaluan
Juara ponteng kelas Azura pertahan
Juara pemalu Fadlul kekalkan

Kalau ketawa tak ingat dunia
Tak kalah juga bila bercerita
Zan dan Julia diperkenalkan pula
Dua sahabat satu citarasa

Ha! Si Rizal pula rajin bertanya
Berlawanan dengan sifat pemalunya
Haidel pula lain kisahnya
Cergas dalam pasukan bola

Siti dan Nurul memang sejiwa
Sama aktif sama lincah
Ke mana saja sering berdua
Umpama belangkas sukar dipisah

Memang becok mulut mereka ni
Tapi pelajaran jarang dilupai
Itulah kisah Syima dan Bahari
Bising mereka penyeri kelas ini

Prefect sekolah jawatan Ida pegang
Orangnya kurus tetapi garang
Mariati juga tak pula kurang
Sama saja perwatakan dia orang

Sampai di sini celoteh kami
5 Sc 2 empunya cerita
Moga tak ada berkecil hati
Kerana niat untuk bergembira

Andai ada terkasar terkata
Jari disusun ampun dipinta
Kami cuma sekadar berseloka
Untuk lepaskan tension periksa

Wahai adik kakak dan abang
Tolong doakan kejayaan kami
SPM pasti akan menjelang
Keputusan cemerlang impian kami

Kepasa semua rakan seperjuangan
Mari bersama kita berusaha
Untuk kejayaan di masa depan
Moga hidup sentiasa ceria