Rabu, 23 Mei 2012

Kenduri Kahwin Sepupu dan pergi i-City

20.05.2012 kenduri kahwin sepupu Norfaezah
Petang bawa keluarga ke i-City Shah Alam tengok lampu-lampu yang berwarna-warni.

Rabu, 16 Mei 2012

HARI GURU 2012

Sambutan Hari Guru tahun ini dengan tema 'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara' diharapkan dapat memberi semangat baru kepada guru-guru supaya lebih berusaha untuk kemajuan bersama dalam semua bidang.

Sabtu, 14 Januari 2012

Faris Dah Berumur Setahun...

Alhamdulillah, hari ini 14.01.2012, anak ketiga genap umurnya setahun..Ahmad Faris dah boleh berjalan..Hari ini ini juga ada lawatan Perdana Menteri ke Felda Ijok, Selama, Perak.Dapat juga kami sekeluarga melihat PM dari jarak dekat.






Isnin, 2 Januari 2012

HARI LAHIR 2012 / 1433


TARIKH LAHIR
TAHUN MASIHI
TAHUN HIJRAH

NURAIN FAZWANI
02.01.2007
12 ZULHIJJAH 1427


02.01.2012
(SELASA)

12 ZULHIJJAH 1433
(28.10.2012)
(AHAD)

AHMAD FARIS
14.01.2011
9 SAFAR 1432


14.01.2012
(SABTU)

9 SAFAR 1433
(03.01.2012)
(SELASA)

MOHD FADHIL
22.01.1978
13 SAFAR 1398


22.01.2012
(AHAD)

13 SAFAR 1433
(07.01.2012)
(SABTU)

JAMALIAH
09.03.1982
14 JAMADILAWAL 1402


09.03.2012
(JUMAAT)

14 JAMADILAWAL 1433
(06.04.2012)
(JUMAAT)

NURAIN FARISHA
25.05.2005
16 RABIULAKHIR 1426


25.05.2012
(JUMAAT)

16 RABIULAKHIR 1433
(09.03.2012)
(JUMAAT)

Rabu, 28 Disember 2011

Aktiviti Bersama Keluarga..

Pada 24.12.2011, bawa keluarga mandi-manda di Sg. Klah..Kat sana ada kolam air panas dan air sejuk (air gunung/bukit).. Pastu dari Sg. Klah terus ke Kuala Lumpur..Bermalam di Teluk Panglima Garang..Keesokannya pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).. Seronok anak-anak dapat tengok kapal terbang dari dekat..Dah penat pusing-pusing dalam KLIA, selepas solat Maghrib di surau KLIA terus ke Putrajaya..Dapat le anak-anak tengok keindahan lampu di kawasan Putrajaya..
Hari tu bermalam di Putrajaya Presint 11. Pagi esoknya (26.12.2011) bergerak ke Genting Highlands dan terus balik ke Taiping. Sampai di rumah kat Felda Ijok dalam pukul 11.45 malam..

Jumaat, 10 Jun 2011

Cameron Highland Dan Teluk Batik....

Cuti sekolah minggu kedua....tak tau nak buat apa....baru baik dari demam...fikir-fikir nak pergi jalan-jalan...ambil keputusan untuk bawa keluarga ke Cameron Highland...bertolak dari Kamunting pukul 3.30 petang hari Selasa..sampai di Cameron Highland pukul 7.15 malam....cari tempat tidur..dapat le Hillview kat pekan Brinchang..harga boleh tahan le..RM200..dua katil saiz 'queen'..yang mahal di sini harga makanan..nasi lemak yang kita boleh dapat kat pekan Batu Kurau dalam 60 sen je..kat sana RM2...
Dalam pukul 9 pagi semua bersiap untuk pulang...dalam perjalanan pulang..banyak le yang kami singgah..macam-macam yang dibeli...anak nak itulah..inilah...tak kisah le sekali sekala....sampai kat Simpang Pulai pukul 5.00 petang...

Ambil keputusan untuk ke Teluk Batik....bergerak le ke Teluk Batik....singgah sekejap kat Bandar Seri Iskandar rumah abang ipar.....lepas Maghrib baru ke Teluk Batik..sewa hotel di Teluk Batik berhadapan dengan pantai....esoknya bawa anak-anak mandi laut seawal 8.30 pagi.....lepas mandi dalam 2 jam balik ke hotel dan mandi kolam pulak....
Bertolak pulang dari hotel dalam pukul 12.30 tgh....pusing-pusing Manjung...singgah Billion....
sampai rumah pukul 7.45 malam hari Khamis...
Alhamdulillah semua selamat...cuma anak yang kecil Ahmad Faris batuk sikit...nanti bawa ke klinik...anak-anak seronok ayahnya pun tumpang seronok....