Jumaat, 10 Jun 2011

Cameron Highland Dan Teluk Batik....

Cuti sekolah minggu kedua....tak tau nak buat apa....baru baik dari demam...fikir-fikir nak pergi jalan-jalan...ambil keputusan untuk bawa keluarga ke Cameron Highland...bertolak dari Kamunting pukul 3.30 petang hari Selasa..sampai di Cameron Highland pukul 7.15 malam....cari tempat tidur..dapat le Hillview kat pekan Brinchang..harga boleh tahan le..RM200..dua katil saiz 'queen'..yang mahal di sini harga makanan..nasi lemak yang kita boleh dapat kat pekan Batu Kurau dalam 60 sen je..kat sana RM2...
Dalam pukul 9 pagi semua bersiap untuk pulang...dalam perjalanan pulang..banyak le yang kami singgah..macam-macam yang dibeli...anak nak itulah..inilah...tak kisah le sekali sekala....sampai kat Simpang Pulai pukul 5.00 petang...

Ambil keputusan untuk ke Teluk Batik....bergerak le ke Teluk Batik....singgah sekejap kat Bandar Seri Iskandar rumah abang ipar.....lepas Maghrib baru ke Teluk Batik..sewa hotel di Teluk Batik berhadapan dengan pantai....esoknya bawa anak-anak mandi laut seawal 8.30 pagi.....lepas mandi dalam 2 jam balik ke hotel dan mandi kolam pulak....
Bertolak pulang dari hotel dalam pukul 12.30 tgh....pusing-pusing Manjung...singgah Billion....
sampai rumah pukul 7.45 malam hari Khamis...
Alhamdulillah semua selamat...cuma anak yang kecil Ahmad Faris batuk sikit...nanti bawa ke klinik...anak-anak seronok ayahnya pun tumpang seronok....