Khamis, 22 Oktober 2009

Mak Dan Ayah Menunaikan Fardhu Haji

Pada petang 20 Oktober 2009, selepas menunaikan solat Asar di Masjid Jamek Kg. Anak Kurau kami sekeluarga bertolak ke Kompleks Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang. Jemaah haji dari Kg. Anak Kurau seramai 7 orang. Ayahanda, Ismail bin Saad dan Bonda, Kholijah binti Abdullah telah terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Pada mulanya hanya bonda yang menerima surat menyatakan terpilih mengerjakan haji, manakala ayahanda dalam kategori jemaah menunggu. Syukur Alhamdulillah, akhirnya ayahanda juga terpilih mengerjakan haji. Semoga Ayahanda dan Bonda berada dalam keadaan sihat sepanjang mengerjakan ibadat haji.

Di sini ada beberapa gambar yang sempat diambil sebelum bertolak ke Kompleks Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang.