Isnin, 17 November 2008

Kenangan 5 Sains 2 (SMDK 1995)

Seloka Bicara 5 Sains 2

Assalamualaikum salam sejahtera
Kepada semua sidang pembaca
Moga terhibur membaca seloka
Tentang telatah pelajar Sc 2

Mari-mari dengar cerita
Cerita tentang we all semua
26 orang jumlah studentsnya
Pelbagai ragam bermacam gaya

Puan Szeto guru tingkatan
Subjek B.I kami diajarkan
Cara mengajar memang berkesan
Buatkan kami rasa tak bosan

Arif Fadzilah moniter kami
Dibantu penolong yang dedikasi
Nuru Saadah empunya diri
'Tolong diam' ayat yang mereka gemari

Catat sana catit sini
Saudara Tarmizi setiausaha kami
Duduk menyebelah dengan Kamal Azli
Sama bijak sama bistari

Ini kisah bendahari kita seorang
Hari-hari meminta wang
Namanya Asyikin orangnya periang
Rafidah pula sahabat berjuang

Kalau bergabung memang menjadi
Tukang karut membuat story
Fadhil dan Hisyamudin nama diberi
Mereka berdua Anak Kurau mali

Seorang di rumah seorang di asrama
Tapi mereka sehati sejiwa
Duduk pula bersebelah meja
Itulah Yati dan saudari Yusnita

Jadi profesor cita-cita Sofian
Superboy Malaysia nama gelaran
Handsomenya Faisal bolehlah tahan
Jadi peragawan dia punya impian

Ina dan Ana bukannya kembar
Walaupun nama hampir sama
Tetapi mereka sering bertengkar
Kerana pendapat selalu berbeza

Azura dan Fadlul memang berkawan
Tetapi mereka tidak sehaluan
Juara ponteng kelas Azura pertahan
Juara pemalu Fadlul kekalkan

Kalau ketawa tak ingat dunia
Tak kalah juga bila bercerita
Zan dan Julia diperkenalkan pula
Dua sahabat satu citarasa

Ha! Si Rizal pula rajin bertanya
Berlawanan dengan sifat pemalunya
Haidel pula lain kisahnya
Cergas dalam pasukan bola

Siti dan Nurul memang sejiwa
Sama aktif sama lincah
Ke mana saja sering berdua
Umpama belangkas sukar dipisah

Memang becok mulut mereka ni
Tapi pelajaran jarang dilupai
Itulah kisah Syima dan Bahari
Bising mereka penyeri kelas ini

Prefect sekolah jawatan Ida pegang
Orangnya kurus tetapi garang
Mariati juga tak pula kurang
Sama saja perwatakan dia orang

Sampai di sini celoteh kami
5 Sc 2 empunya cerita
Moga tak ada berkecil hati
Kerana niat untuk bergembira

Andai ada terkasar terkata
Jari disusun ampun dipinta
Kami cuma sekadar berseloka
Untuk lepaskan tension periksa

Wahai adik kakak dan abang
Tolong doakan kejayaan kami
SPM pasti akan menjelang
Keputusan cemerlang impian kami

Kepasa semua rakan seperjuangan
Mari bersama kita berusaha
Untuk kejayaan di masa depan
Moga hidup sentiasa ceria

Khamis, 30 Oktober 2008

Kita Sebenarnya.....

Kita sebenarnya....
Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..
Kita sebenarnya....
Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..
Kita sebenarnya....
Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..
Kita sebenarnya....
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..
Kita sebenarnya....
Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..
Kita sebenarnya....
Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..
Kita sebenarnya....
Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..
Kita sebenarnya....
Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..
Kita sebenarnya....
Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..
Kita sebenarnya....
Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..
Kita sebenarnya....
Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..
Kita sebenarnya....
Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..
Kita sebenarnya....
Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..
Kita sebenarnya....
Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..
Kita sebenarnya....
Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..
Kita sebenarnya....
Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..
Kita sebenarnya....
Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab."(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)-wallahua'lam-

Personaliti Yang Harus Diketahui

ANAK SULUNG
personaliti:

1. anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur serta ego
2. sering berjaya dalam hidup
3. lebih pandai mengambai hati orang tua
4. nilai tanggungjawab yang tinggi

ANAK TENGAH
personaliti:

1. Lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
2. lebih percaya dengan keyakinan diri
3. suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri
4. sering merasakan diri mereka terpinggir
5. terlalu mengalah

ANAK BONGSU
personaliti:

1. Ceria dan berkeyakinan tinggi
2. Amat manja
3. Berkeinginan dan bercita-cita tinggi
4. Sukar membuat keputusan

ANAK TUNGGAL
personaliti

1. Sering merasakan diri mereka kesunyian
2. Lebih berkeyakinan kerana sudah biasa segala yang dihajati tercapai
3. Lebih bijak bergaul
4. lebih cepat matang
5. terlalu rapat dengan ibubapa walau usia makin meningkat
6. sukar bertolak ansur dengan individu lain

Rabu, 29 Oktober 2008

Album Keluarga


Gambar bersama ayah,emak dan kakak masa tinggal di rumah murah Pulau Pangkor.
Ayah Ismail bin Saad, Emak Kholijah bt. Abdullah, Kakak Mariana



Gambar adik-beradik saya, kakak, Azhari dan Syukri





Gambar persembahan Hari Anugerah tahun 1987. Masa ni darjah 3 kat SK Sri Kurau, Anak Kurau, Batu Kurau, Perak



Dah kahwin masa umur 26 (5.6.2004). Isteri saya Jamaliah bt. Ali. Orang Felda Ijok, Selama, Perak




Anak sulung Nurain Farisha (25.5.2005)




Anak kedua Nurain Fazwani (2.1.2007)




Gambar diambil Hari Raya Aidilfitri 2008 yang lepas

Mencari Kenalan Lama

Sesiapa yang mengenali saya harap dapat bertukar-tukar pandangan dan maklumat.
Sekolah 1.
SK Sri Kurau, Anak Kurau, 34500 Batu Kurau, Perak dari tahun 1985 hingga 1988.

Sekolah 2.
SRK Batu Kurau. Sekarang SK Batu Kurau. Tinggal diasrama darjah 5 hingga 6 dari tahun 1989-1990.

Sekolah 3.
SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau dari tahun 1991 hingga 1995.
Kelas 1A1, 2MT2, 3MT2, 4SC2, 5SC2.

Memasuki Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
Kursus Diploma Perguruan Malaysia
Tahun 1996 - 1999
Kelas 6 MTPM A