21.12.2010 - 3 petang
Bertolak dari rumah ke Behrang...singgah dan bermalam di rumah Cu (Laila)
22.12.2010 - Lepas Maghrib
Pergi ke Rawang rumah adik (Azhari)
23.12.2010 - 8 pagi
Bertolak dari Rawang ke Wangsa Maju Seksyen 10 rumah Pakcik (Yusof)..
Selepas itu, pergi jalan-jalan ke Putrajaya...
Pergi rumah abang ipar (Udin) di Putrajaya...bermalam di sana..
Makan malam di Bangi Sup Gear Box..
24.12.2010 - 9 pagi
Dari Putrajaya ke Telok Panglima Garang rumah kakak ipar (Normadiah)..
Lepas solat Jumaat..gotong-royong persiapan untuk esok...Majlis Khatam Al Quran dan Aqiqah...
Macam-macam kerja buat...basuh ayam..goreng ayam..potong daging....semua kaum keluarga dan jiran terlibat..aktiviti memasak sampai lewat pagi lebih kurang pukul 3 pagi..
24.12.2010..
Persiapan sebelum majlis bermula...
Khatam Al-Quran - 11 pagi
Tahlil - 9 malam
Jamuan makan - 12 tengahari hingga 10 malam..
Ramai tetamu datang untuk memeriahkan majlis...
12 tengah malam
Bertolak ke putrajaya untuk bermalam di sana..
26.12.2010 - 10 pagi
Bertolak dari Putrajaya balik ke Taiping...
Ahad, 26 Disember 2010
Jumaat, 17 Disember 2010
Dah Habis Exam.....
Lega rasanya bila dah habis exam.....serabut kepala dok baca modul.....alhamdulillah boleh le jawab...
Tunggu lak Semester Januari 2011...modul Matematik Tahun 5&6, Seni Visual dan Pendidikan Kesihatan...
Tunggu lak Semester Januari 2011...modul Matematik Tahun 5&6, Seni Visual dan Pendidikan Kesihatan...
Rabu, 8 Disember 2010
Mandi Di Teluk Batik..
Cuti-cuti ni tak tau nak bawa family ke mana...nak jalan jauh-jauh..tak boleh le...sebab sibuk nak study...exam dah dekat..exam 12,13 dan 17 Disember ni...
Lepas bincang ngan anak-anak...mereka nak mandi laut...jadi pantai yang dekat hanya Teluk Batik le...tarikh yang sesuai hanya 6 Disember....malam Isnin pergi rumah abang ipar kat Sri Iskandar..tidur sana..esoknya baru pergi Teluk Batik.... semua mandi puas-puas...tiga jam juga mandi...harap anak-anak gembira....tapi mereka nak mandi tempat lain pulak..pandai lak pilih nak pergi waterpark....tengok le...mungkin gaji baru pergi kot...tu pun kat Bukit Merah je...insyaallah..

Ahad, 14 November 2010
Majlis Jalinan Mesra
MAJLIS JALINAN MESRA
SKSI II 2010
12 NOVEMBER 2010
8:00 PM
BERTEMPAT DI KAMALODGE
Majlis makan malam ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru SK Sultan Idris II, Felda Ijok. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara kakitangan sekolah dan ahli keluarga masing-masing. Sebagai selingan majlis turut mengadakan cabutan bertuah.
Khamis, 7 Oktober 2010
Jumaat, 24 September 2010
Raya 2010
Tahun ni raya sedondon mengenakan pakaian berwarna merah....kira ok gak dapat cari baju saat-saat akhir sehari sebelum raya..
Selasa, 10 Ogos 2010
Khamis, 5 Ogos 2010
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 1431H / 2010
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
Tahun 1431H/2010M
Tahun 1431H/2010M
Sumber: Bahagian Pengurusan Fatwa, Jakim
Rabu, 21 Julai 2010
Selasa, 25 Mei 2010
SELAMAT HARI LAHIR FARISHA...
Hari ni 25.5.2010 hari lahir Nurain Farisha yang ke-5...
Farisha sambut Hari Lahir di kelas Literasi tempat dia belajar....
Ok le..sambut dengan kawan-kawan..
Farisha sambut Hari Lahir di kelas Literasi tempat dia belajar....
Ok le..sambut dengan kawan-kawan..
Ahad, 16 Mei 2010
Kenduri Rumah Pak Lang Halim...
Semalam kenduri rumah Pak Lang Halim kawin sepupu aku Fazilah dengan pilihan hatinya Amir...suasana meriah sekali....aku pi lewat sikit sebab ada gotong-royong kat sekolah...sempat gak ambil gambar guna telefon...tapi tak berapa cantik le...tak dapat nak masukkan dalam blog ni..
Aku nak ucap...
Aku nak ucap...
SELAMAT PENGANTIN BARU
FAZILAH & AMIR
MOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT
Selasa, 27 April 2010
Bercuti Di Langkawi
Bulan ni dah rancang nak bercuti di Langkawi..Tarikh yang dipilih ialah 24 hingga 26 April..Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan baik...dapat juga bawa keluarga bercuti...Yang penting anak-anak dan isteri gembira...dapat juga hilangkan penat bekerja..
Walaupun 3 hari 2 malam di Langkawi..tapi tak semua tempat dapat dilawati...malam tak dapat nak bersiar-siar disebabkan hujan lebat....yang penting tempat utama dapat pergi iaitu Cable Car..anak-anak seronok sangat..tak nampak takut pun mereka...ayah ngan ummi yang risau..

Gambar sepanjang berada di Langkawi
Selasa, 20 April 2010
Lega Dah Selesai....
Alhamdulillah semua dah selesai...exam OUM dah habis...semua permainan peringkat zon pun dah habis.... lega sikit rasanya...lepas ni boleh tumpukan pada pengajaran terutama murid tahun 6...maklum le lama dah tinggal kelas...
Ahad, 28 Mac 2010
Mandi Di Sempeneh....
Hari ni bawa family mandi sungai kat sempeneh...pergi ngan family Uji dan Li...seronok tengok anak-anak mandi...
Sampai sempeneh kol 10:00 pagi...lama gak mandi..kol 12:30 baru balik rumah...
Sampai sempeneh kol 10:00 pagi...lama gak mandi..kol 12:30 baru balik rumah...
Langgan:
Catatan (Atom)