Khamis, 31 Disember 2009
CUTI - CUTI MALAYSIA
Jumaat, 11 Disember 2009
Kepulangan Ayahanda dan Bonda Dari Tanah Suci
Ahad, 6 Disember 2009
Mak Ayah Pulang Dari Mekah dan Exam....
Sabtu, 21 November 2009
TUTORIAL 5
Nurain Farisha Tamat Kelas Literasi
Isnin, 16 November 2009
Roti Sardin Gulung......
Ahad, 15 November 2009
Tesco Taiping...
Rabu, 11 November 2009
Terkandas Banjir...
Sampai je sekolah terus buat persiapan untuk aktiviti budak....hari ni buat Pertandingan Mendirikan Khemah dan Membina Gajet bagi Badan Beruniform iaitu TKRS, PBSM, Pengakap dan Puteri Islam...
Nasib le Amar ngan Kak Maznah dah potong buluh dan cek khemah..kot2 ada yang terlepas pandang...khemah memang ada masalah sikit...nasib baik le ada khemah ganti...banyak besi khemah yang dah patah dan rosak..nampaknya tahun depan kena rancang beli yang baru lagi..
Antara gambar-gambar aktiviti yang sempat diambil..
Selasa, 10 November 2009
Mesyuarat....
tapi mesyuarat kali agak selesa sikit coz buat dalam makmal komputer...meja pun disediakan..senang le nak buat catatan...yang penting semua menghadap ke hadapan...
Habis mesyuarat pukul 3.45 petang...hari dah nak hujan..aku biasa le merempit..lega rasa bila sampai je rumah baru hujan turun..
Lepas ni sibuk ngan aktiviti sekolah..esok dan lusa ada pertandingan unit beruniform..esok buat pertandingan mendirikan khemah, bina gajet dan runtuh khemah...lusa lak buat pertandingan memasak...murid kena masak 3 jenis masakan..roti lilit, masak telur dalam tanah, dan masak kentang (bakar)..
Isnin, 9 November 2009
Lega Dah Hantar Tugasan
Sekarang ni sibuk dengan aktiviti sekolah...maklum le dah hujung tahun..nak kena kumpul buku teks..bagi buku teks untuk tahun 2010 dan hari anugerah..
Khamis, 22 Oktober 2009
Mak Dan Ayah Menunaikan Fardhu Haji
Di sini ada beberapa gambar yang sempat diambil sebelum bertolak ke Kompleks Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Jumaat, 25 September 2009
Hari Raya Pertama
Rabu, 16 September 2009
Isnin, 14 September 2009
Semua Dah Penuh
Khamis, 10 September 2009
Syukur Dah Habis...
Pasni tunggu keputusan pulak...penantian yg menyeksakan....jangan peratus turun dah le..
Selasa, 8 September 2009
Tarikh Lahir Tahun Hijrah
Apa kata kita ambil tahu sikit tarikh lahir kita dalam Tahun Hijrah...
Boleh sambut hari lahir 2 kali.....yang ISLAM kita sering lupa...
Klik kat bawah ni kalau nak tahu besday dalam tahun Hijrah...
http://prayer.al-islam.com/convert.asp?l=mal
Cari Baju Raya.....
Sabtu, 29 Ogos 2009
MALAM LAILATUL-QADAR
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "
Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.jais.gov.my/ramadhan/lailatulqadar.php
Berbuka Puasa di Bukit Merah
Sabtu, 22 Ogos 2009
Cara Menunaikan Solat Terawih
Tiada alasan untuk tidak melakukannya, kerana kita boleh menunaikan solat ini dirumah.
Muat Turun (PDF)
Muat Turun (Word)
Jumaat, 21 Ogos 2009
Puasa Dan Kelebihan Solat Terawih
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”
Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”
Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
- Syarat Wajib Puasa
Berakal
Akhir Baligh (Cukup umur)
Kuat atau mampu mengerjakan puasa - Syarat Sah Puasa
Islam
Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
Suci daripada haid dan nifas
Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa. - Rukun Puasa
Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari. - Perkara Yang Membatalkan Puasa
Makan dan minum dengan sengaja
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
Keluar darah haid atau nifas
Gila
Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa. - Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa
Orang yang sakit
Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
Orang tua yang sudah lemah
Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.
Antara kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :
Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Dipetik dari : Abu Musaddad
Khamis, 6 Ogos 2009
Khutbah Nabi SAW Mengenai Dajjal
Rabu, 29 Julai 2009
Hari Keluarga SEWAJA 2009
Petang Jumaat dah bertolak ke Damai Laut. Aku n family, Nafsiah n anaknya, Amar, Amir, Salwani, Marliana n Kak Fairuz konvoi sama. Sampai dalam kol 4.30 petang. Kami dok kat apartment.
Pagi Sabtu buat program LDP. Pastu lepas Zohor pergi pantai..buat aktiviti Hari Keluarga.
Main bola tampar pantai, kutip gula-gula dan bina istana pasir..Pastu penat apa lagi terjun laut le..mandi.
Petang tu ade family yang balik..tapi aku stay lagi 1 malam..Amar, Amir, Salwani, Marliana, Nafsiah dan Kak Fairuz pun stay gak. Pagi sok mandi kolam ngan family..Lebih kurang kol 12.30 tgh check out...Balik kita orang singgah makan kat Changkat Jering.
Ahad, 12 Julai 2009
PERCUBAAN UPSR DAN UJIAN BULAN JULAI
Selasa, 16 Jun 2009
Cuti Sekolah
Hari Jumaat last cuti tu...ade program tahun 6 kat PLKN Ijok...buat 2 hari..terpaksa berkorban le...aktiviti ok le...ade berkayak ngan flying fox...yang lain tu kelas cam biasa le..
Bawa anak sekali ke PLKN